Pages

#Rasarasa

Friday, January 15, 2016

Rasa nak menaip. Tapi tak tahu nak cerita apa.

Terobek teruk sampai ke Bandung

Friday, January 1, 2016

So kali nie nak terobek sikit pasal pergi Bandung, Indonesia awal tahun haritu. Kami pergi nie bawah program Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Sime Darby, Universiti Utara Malaysia (UUM). Tapi semua bayar sendiri. Jadi, pergi vacation nie macam academic sikit lah. LOL

Okay, sebelum ke airport aku menginap semalaman dulu rumah mak cik aku dekat Subang. Besok pagi baru gerak ke sana.


 KLIA 2.



Perghh. Masa nie muka macam duk bertukang --'  Kitaorang naik Malindo masa nak gerak nie. Dalam masa 2 jam lebih kot tak silap aku, sampai lah airport Bandung.


Hello Bandung !



Dah sampai tu, tunggu kawan kitaorang yang dah sampai awal sehari datang ambik. Then gerak ke hotel naik taksi. Dah setel apa semua tiba tiba dah malam. Tak buat apa pun, just pergi makan je dulu.

Orang mengorder, kami menyengih. Pantang nampak kamera!

Masa nie aku makan nasik apa tah. Dan jus avocado. Haha macam daun kau rasa tapi boleh minum laa. Aku siap tambah air masa berulang kali sebab dia pekat dan still sedap walau dah tambah air. Haha Okay, aku siap minum kawan aku punya --' Malam nie quite bosan balek hotel hotel ke tak pasti mengadap tv dan bersembang ramai ramai kat bawah. Dah tido, besok bangun awal. Kat sana subuh pukul 4 lebih ke 5 lebih haa weh lupa seriussssssss! --'

Dah breakfast apa semua, bergerak ke Universitas Katolik Parahyangan (UNPAR). Perghh, yang ini aku ingat pulak namanya. Ihiks





 Lupa ambik gambar nasik yang kami makan. Hurm dia macam pulut tekstur dia gitu kau. Diaorang packing dalam kotak. Kiut je :) Masa nie pergi diaorang tengah ada konferen tak silap dari student negara lain. Kami jumpa budak UiTM masa tu bertegur sapa aww aww. K

Lepas kitaorang dah sembang sembang, makan, sembang lagi, pastu gerak ke Cibaduyut untuk mengshopping sakan aku tak. Lepas tu buat apa hah? Okay biar aku hentam. Naseb ada gambar. Itu pun lantak engko lah aku nak cerita apa.



Kat sini aku beli kasut je sepasang untuk adik aku. Otw balek tu singgah makan. Perut dah ketuk pintu. 

Serius sedap makan dengan sambal dia !

Balek tu singgah dekat Jalan Dago. Jap aku nak gugel. Yeahh betul. Kami merayap jelah mencuci mata. Suasana kat Bandung nie aku rasa macam duk KL. Best, serius. Aku suka. Banyak outlet tepi tepi jalan. Even, atas jalan kenderaan penuh ya amat. Ya ya --' Kaitan?


 Homemade icecream. #Capucinno

Pastu balik lah kot. Hotel yang kami duduk nie macam jauh dari tempat nak melepak. Wuu sadis. Esoknya merayap pulak.



Suasana kat sini nyaman je. Hotel nie dah lah takdek air cond kau. Tapi aku berselubung kot. Tejujj.

 First muzium.






Muzium kedua.

                                      




 Dedua nie sedap gila wei. Mee pangsit ke bakso lupa. Dan cendol nangka. Sumpah sedap wei !

Muzium ketiga. Tak masuk dalam pun.

Menghala ke petang, kami ke sini pulak. Cihampelas Walk (CIWALK), tempat shopping jugak.







Hujan, lepak menikmati makanan yang lazat.

Malam kami gerak ke Rumah Mode. Macam biasa tempat shopping. Cantik gila kau tempat nie.




Malam merayap disini, Jalan Braga. Nak cari makan tapi tak tahu nak makan kat mana. Jadi, merayap ke lain pulak.







 
Nasi + bebek (itik) = sedap gila !

Esoknya ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) pulak. Kat sini, diaorang bagi sekotak Kartika Sari. Ihiks



Sembang apa tah dengan cowok ini.


Aku sempat lah ambik FB dua student situ. Sorang laki, sorang perempuan. Sekarang senyap dah. Biasa lah tu. Awal ritu je sembang kejap tanya khabar ya mbak. Haha Setel dekat situ, bergerak ke Pasar Baru pulak untuk shopping lagi. Perghh. Ramai orang toksah cakap. Aku beli apa je tah. Sumpah aku tak reti wei nak menyopping. Untungnya wahai suami. K tetiba. Yang pasti pisang cheese dia sedap nakmatey!


Google


Brownies dia terbaik ! Ini entah pergi bila. Aku letak jelah --'

Balek hotel malam tu, merayap cari makan sekitar situ.


 Sedap woi ! Jangan pandang pada rupa ! *Emosi* Haha


 Batak kejap tak penah jumpa kat mesia. Hiks


Hotel kedua kami menginap.

Yang nie syok sebab keje duk melepak dan bersembang sehingga larut malam. Kami je menginap kat sini. Dan disini, ada air cond. Luls

Wehh, sebenarnya aku dah lupa lah arrangement pergi bila semua tempat nie. Hurm mampus ah kesah pulak kan. Ouh ya. Sepatutnya dalam plan, ada nak ke Kawah Putih atau Tangkuban Parahu. Tapi entah kenapa macam mana tah so tak jadi. Uhuks teringin gila p situ. Seriusssssssssss k. Aku tak pasti pergi sini berapa hari, tapi nampak gaya macam 3 hari. Tolak hari sampai dan hari kembali ke tanah air. 

Sebelum terbang. 

Kami bertolak tengahari camtu tapi pepagi buta dah merempat dekat airport. LOL

Goodbye Bandung !

We're back Malaysia !

Aku tak mampu nak cerita lelebih pasal dah lupa --' Lama dah kot wei. Apa apa pun, walaupun tak berkesempatan nak ke tempat tu, aku suka tengok tempat orang dan perasaan berada kat situ :) 

Aku nie kadang cherish moment depan mata sampai takmau sembang. 
Free Blogger Design Made By The Dutch Lady Designs