Pages

Ping Pong - ing for the First Time in My Life.

Saturday, September 24, 2016

*Nangis baca tajuk*

Masa orientasi tu aku ingat ada lah sukan lawan dengan DPP lain. Aku memang suka. Masuk lah dua game. Futsal dengan ping pong. Buat kali pertama dalam hidup aku main ping pong pair dengan aten roomate aku masa tu. Tak pernah pegang batang dia tu. Aku tak tahu pemukul ping pong apa benda manusia panggil. Ok tak penting. Training pajo dengan senior mana entah tak ingat nama yang kasi ajar. Jenuh jugak dia orang duk ajar aku. Aten smooth je. Lama lama tu aku dah boleh dah sikit sikit. Tiba hari lawan. Training kejap je. Jadah sangat. Hehe 

Game malam i guess. Orang ramai dekat court squasy. Buat game dalam tu. And rasanya kami menang satu game, kalah dua game or semua kalah macam tu lah. Tapi still boleh bagi saingan sengit. Awesome sangat. Hmm Perasaan masa dalam court tu kemain eksaited dia macam berpengalaman. Gaya tu penting. Padahal haram baru reti. Mana boleh tunjuk lemah depan musuh. Tak gitu?


Tak. Ini bukan sukan ping pong.

Nampak hamper kami tu. First place tahu, first place. *riak* Aku duduk posisi striker. Ada tukar tukar lah kot. Tapi aku selalu duk posisi tu pasal gelojoh nak sumbat gol. Ada lah menyumbangkan gol jugak. Tapi yelah lupa. Mungkin 10-0 siapa tahu. Ok tipu. Lol Tapi memang ada juga lah kasi gol. *nak jugak berlagak* I think menang penalti lah game last nie. I think ok. I think. Aku ingat ada aku ambil penalti. Thats all. Kbai.


[ 7 Sept ]

Orientasi things.

Saturday, September 24, 2016

Ini aku rasa dalam mood baru masuk U lagi. Bahasa mudah dia orientasi la. Lels


Ini kena posing macam dalam gambo yang diberi. Oh ini bukan posing yang itu.

Masa nie kena makan roti dengan serbuk kunyit. Benda oi ?!!? Nak termuntah. Hahaha

Memang awal lagi rupanya dah ade dengan minah ain nie. Lels



Besar gajah baju aku. Kangkang lagi nis. Kangkang.

Habes pusing satu U masa game nie. Dah. Tu je aku ingat.


[ 21 Sept ]

First Semester DPP's Dinner.

Friday, September 23, 2016

Ini basically my first dinner event lah kot i guess. Selain dekat Matrik.

Haha ! Aku nak gelak siap siap !

Pajo's there.







Aku rasa mesti masa nie aku seronok terpekik bukan main.

Senyum kambing.


Gambar kita kreditkan kepada kamera DPP. Photographernya aku tak tahu. Lantak lah kan. Dulik. Selebihnya kamera phone aku. Phone bukan slide slide masa tu ok! Berguna jugak! *emosi*

Bila innocent nie memang nampak kiut ke macam mana? Ah. Rasa nak puji diri sendiri bertalu talu. Oh. Dinner DPP memang akan ada tiap tiap sem. Dan tiap tiap sem jugak kami tak pernah miss. Kena support DPP kot. Jiwa Sime Darby menular dalam diri. K 

Kami je kat sini sebab member yang lain gigih jadi AJK. Jadi AJK buat apa entah awal awal. Kakaka gurau !

p.s : Rasa nak jadi macam dulu. Sejenis jaga adab awal awal masuk U dulu. Walaupun masa sekolah jenis tak beradab. *exaggerate*

[ 11 Dis ]

Taman Rusa dan Basikal.

Friday, September 23, 2016

Benda lah tajuk. Bosan nak mampus. 

Hari ni kami ke Pusat Sukan beriadah. Main basikal for the first time dekat UUM. 




Kenapa aku nampak macam seorang innocent yang comel? Hm


Again with these ppl.


[ 4 Dis ]

Pijah's Birthday.

Friday, September 23, 2016

Kami celebrate birthday si Hafizah nie dekat Kafe DPP Petronas.  


Kek yang entah siapa beli.





On our way back to DPP Sime Darby, kami lalu ikut tasik belakang. Kami mula membaling telur dalam sorok kepada Pijah. Masa kena kat dia tak pecah pulak. Tapi pecah benda dah kat lantai. Pijah punya balas dendam nie kami pulak yang berteraburan lari. Dia boleh kutip balik telur yang dah pecah nak kenakan kami balik. Lelah jugak berlari lari.

Dah nak sampai blok, main tepung pulak. Yang lawaknya bukan dia yang lari. Kami yang lari. Haha! So, berlaku lah perang tepung petang itu. Bertarik tarik tudung toksah cerita lah. Ingatkan si Pijah nie dah puas main. Dia menghilang ke blok dulu. Sikit kami nak sampai dekat tangga blok, dia datang menyimbah kami dengan baldi isi air. Nasib sempat elak. Haha Memang pesen tak puas hati Pijah nie. Nak menang. Haha!

Satu kenangan yang seronok lah pada aku. Innocent teruk masa tu. Kahkah

[ 9 Mei ]

Ain's Birthday.

Friday, September 23, 2016

Aku rasa nak start blogging balik. Dengan throwback throwback cerita cerita di UUM dulu. Kiranya aku jadikan kisah silam tu macam pemangkin lah untuk aku menaip balik. Kakaka gitu ke niss?

So here the first one i guess. Ain's birthday.
Aku tak ingat apa pun yang terjadi tapi masa dia masuk bilik kami keluarkan kek and nyanyi. Aku rasa la aku rasa. 




p.s: muka depa tak berubah. haha

[ 21 Apr ]

Sangka

Thursday, September 1, 2016

Terkadang kita tak faham kenapa kita bertindak macam itu, dan kita juga tak faham kenapa dia bertindak sebegitu.

Jadi, kita cuba tanam paham dan bersangka baik.

Itu lebih baik. 

Kan?



A Midnight Hope.

Tuesday, August 30, 2016

Assalamualaikum. I recited Al-Mulk tonight. One after long time ago. Maybe months ago. Glad that you opened my heart to read it.

Last night I searched for the Al-Mulk recitations on Youtube. I found one that captured my heart. It was recited by an Indonesian young man. It was very nice and soothing. Then, I converted the video to mp3 and downloaded it.

I hope that you will lead me to another good changes in my life. After another. For me to be better, to get better. Thanks Allah.



Kawan

Sunday, June 19, 2016

Aku gembira untuk kau kawan. Melihat dari bait bait perkataan kau keluarkan, aku tahu jiwa kau. Dan aku teringin jiwa yang sama. 

#Againrandom

Friday, June 17, 2016

Assalam dan hi.

Internship dah habes. Besok nak balek kedah semula untuk setelkan report dan menyundal sebenarnya.


#Cakaplagi

Sunday, April 3, 2016

Aku selalu terpikir nak duduk somewhere. Keluar dari Malaysia. Hidup sendiri. Selalu berangan. Nak cari diri. Best apa duk tempat orang, kenal tempat orang. Satu je masalah dia. Duit. Kahkah

#CakapKosong

Sunday, April 3, 2016

Eh, hi.

Sejak intern jadi makin malas. Penat. Mungkin tak biasa. Hmm Siapa nak tolong lipatkan baju aku? K

#Cakap

Monday, March 21, 2016

Nak update blog, tapi sabajap. Esok lusa kot. Babai dunia !

Bebudak dah nak start intern !

Wednesday, February 17, 2016

Ini aku nak kasi tahu. Minggu depan dah start internship! Eksaited dengan tidak, sama banyak. Kahkah Maknanya dah kena drive sendiri. Yuhuu Yang itu eksaited. Mohon masuk kerja pun eksaited. Yeayy.

Struggle dengan diri sendiri lagi susah berbanding benda lain.

Hatred kills.

Wednesday, February 3, 2016

Kadang aku terfikir rasa kejam dan tak adil pulak kalau aku rasa macam nie. Biarpun orang buat aku rasa tak sedap apa sekali pun dekat aku. Aku rasa tak adil kepada diri orang tu dan paling penting pada diri aku sendiri apabila aku rasa macam nie. Rasa tak sedap, rasa menyampah, rasa sakit hati macam nie buat aku macam orang takdek pedoman. Amboi sangat. Macam aku pergi buat onar pulak dekat orang. --' Takdek pedoman tu maksud aku, berperasaan negatif macam tu buat aku sendiri makin teruk. Benda tu merosakkan hati aku yang sememangnya dah rosak. 

Aku tahu aku rasa macam nie pun sebab hati aku. Kalau dulu lantak lah orang buat apa pun I still feel okay and I dont give a fuck pun since aku jenis biar lah orang nak buat apa pun. Tapi sekarang, I know I give a fuck about it and I hate it. I hate my own feeling of hatred towards others because I know where hatred leads. All I care is not about you but my heart. 

Dan sekarang aku cuba secara keras trying hard untuk tidak berperasaan yang bukan bukan yang aku sendiri tak suka. Amin :)


#Rasarasa

Friday, January 15, 2016

Rasa nak menaip. Tapi tak tahu nak cerita apa.

Terobek teruk sampai ke Bandung

Friday, January 1, 2016

So kali nie nak terobek sikit pasal pergi Bandung, Indonesia awal tahun haritu. Kami pergi nie bawah program Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Sime Darby, Universiti Utara Malaysia (UUM). Tapi semua bayar sendiri. Jadi, pergi vacation nie macam academic sikit lah. LOL

Okay, sebelum ke airport aku menginap semalaman dulu rumah mak cik aku dekat Subang. Besok pagi baru gerak ke sana.


 KLIA 2.



Perghh. Masa nie muka macam duk bertukang --'  Kitaorang naik Malindo masa nak gerak nie. Dalam masa 2 jam lebih kot tak silap aku, sampai lah airport Bandung.


Hello Bandung !



Dah sampai tu, tunggu kawan kitaorang yang dah sampai awal sehari datang ambik. Then gerak ke hotel naik taksi. Dah setel apa semua tiba tiba dah malam. Tak buat apa pun, just pergi makan je dulu.

Orang mengorder, kami menyengih. Pantang nampak kamera!

Masa nie aku makan nasik apa tah. Dan jus avocado. Haha macam daun kau rasa tapi boleh minum laa. Aku siap tambah air masa berulang kali sebab dia pekat dan still sedap walau dah tambah air. Haha Okay, aku siap minum kawan aku punya --' Malam nie quite bosan balek hotel hotel ke tak pasti mengadap tv dan bersembang ramai ramai kat bawah. Dah tido, besok bangun awal. Kat sana subuh pukul 4 lebih ke 5 lebih haa weh lupa seriussssssss! --'

Dah breakfast apa semua, bergerak ke Universitas Katolik Parahyangan (UNPAR). Perghh, yang ini aku ingat pulak namanya. Ihiks





 Lupa ambik gambar nasik yang kami makan. Hurm dia macam pulut tekstur dia gitu kau. Diaorang packing dalam kotak. Kiut je :) Masa nie pergi diaorang tengah ada konferen tak silap dari student negara lain. Kami jumpa budak UiTM masa tu bertegur sapa aww aww. K

Lepas kitaorang dah sembang sembang, makan, sembang lagi, pastu gerak ke Cibaduyut untuk mengshopping sakan aku tak. Lepas tu buat apa hah? Okay biar aku hentam. Naseb ada gambar. Itu pun lantak engko lah aku nak cerita apa.



Kat sini aku beli kasut je sepasang untuk adik aku. Otw balek tu singgah makan. Perut dah ketuk pintu. 

Serius sedap makan dengan sambal dia !

Balek tu singgah dekat Jalan Dago. Jap aku nak gugel. Yeahh betul. Kami merayap jelah mencuci mata. Suasana kat Bandung nie aku rasa macam duk KL. Best, serius. Aku suka. Banyak outlet tepi tepi jalan. Even, atas jalan kenderaan penuh ya amat. Ya ya --' Kaitan?


 Homemade icecream. #Capucinno

Pastu balik lah kot. Hotel yang kami duduk nie macam jauh dari tempat nak melepak. Wuu sadis. Esoknya merayap pulak.



Suasana kat sini nyaman je. Hotel nie dah lah takdek air cond kau. Tapi aku berselubung kot. Tejujj.

 First muzium.






Muzium kedua.

                                      




 Dedua nie sedap gila wei. Mee pangsit ke bakso lupa. Dan cendol nangka. Sumpah sedap wei !

Muzium ketiga. Tak masuk dalam pun.

Menghala ke petang, kami ke sini pulak. Cihampelas Walk (CIWALK), tempat shopping jugak.







Hujan, lepak menikmati makanan yang lazat.

Malam kami gerak ke Rumah Mode. Macam biasa tempat shopping. Cantik gila kau tempat nie.




Malam merayap disini, Jalan Braga. Nak cari makan tapi tak tahu nak makan kat mana. Jadi, merayap ke lain pulak.







 
Nasi + bebek (itik) = sedap gila !

Esoknya ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) pulak. Kat sini, diaorang bagi sekotak Kartika Sari. Ihiks



Sembang apa tah dengan cowok ini.


Aku sempat lah ambik FB dua student situ. Sorang laki, sorang perempuan. Sekarang senyap dah. Biasa lah tu. Awal ritu je sembang kejap tanya khabar ya mbak. Haha Setel dekat situ, bergerak ke Pasar Baru pulak untuk shopping lagi. Perghh. Ramai orang toksah cakap. Aku beli apa je tah. Sumpah aku tak reti wei nak menyopping. Untungnya wahai suami. K tetiba. Yang pasti pisang cheese dia sedap nakmatey!


Google


Brownies dia terbaik ! Ini entah pergi bila. Aku letak jelah --'

Balek hotel malam tu, merayap cari makan sekitar situ.


 Sedap woi ! Jangan pandang pada rupa ! *Emosi* Haha


 Batak kejap tak penah jumpa kat mesia. Hiks


Hotel kedua kami menginap.

Yang nie syok sebab keje duk melepak dan bersembang sehingga larut malam. Kami je menginap kat sini. Dan disini, ada air cond. Luls

Wehh, sebenarnya aku dah lupa lah arrangement pergi bila semua tempat nie. Hurm mampus ah kesah pulak kan. Ouh ya. Sepatutnya dalam plan, ada nak ke Kawah Putih atau Tangkuban Parahu. Tapi entah kenapa macam mana tah so tak jadi. Uhuks teringin gila p situ. Seriusssssssssss k. Aku tak pasti pergi sini berapa hari, tapi nampak gaya macam 3 hari. Tolak hari sampai dan hari kembali ke tanah air. 

Sebelum terbang. 

Kami bertolak tengahari camtu tapi pepagi buta dah merempat dekat airport. LOL

Goodbye Bandung !

We're back Malaysia !

Aku tak mampu nak cerita lelebih pasal dah lupa --' Lama dah kot wei. Apa apa pun, walaupun tak berkesempatan nak ke tempat tu, aku suka tengok tempat orang dan perasaan berada kat situ :) 

Aku nie kadang cherish moment depan mata sampai takmau sembang. 
Free Blogger Design Made By The Dutch Lady Designs