Pages

Ada ke takde, jangan tamak.

Friday, December 25, 2015

Dalam hidup nie, kadang kadang memang kita kena bergantung pada orang lain. Contohnya masa kita tinggal sorang sorang tiba tiba jatuh sakit, tak tahu nak mintak tolong sapa untuk bawak pergi hospital, kita call jiran kita mintak tolong.

Tapi kadang kadang, tak semua orang ada bila kita memerlukan. Jadi, appreciate yang ada. Yang tak dapat ada, tak yah kesah. Sebab kita kena ingat, yang ada pun semua diberi pinjam. Toksah tamak. Cukup lah yang mana nak ada harini, yang mana tak boleh ada takpe. Jadi, bila yang mana tak boleh ada tu takde, tak lah kita sedih dengan mengharapkan mereka ada. 

Sebab last sekali, kita cuma ada diri sendiri. Itu pun tak boleh jaga dengan betul.



Terima kasih sudi berkawan.


Terima kasih sudi bersama tiap masa, terima kasih selalu bising bila aku buat keje tanguh tangguh, terima kasih sudi membebel bila aku tak study study lagi, terima kasih belanja makan selalu, terima kasih tolong print nota bila aku memang tak ada niat pun nak print, terima kasih tolong kira hutang aku bila mana aku pening nak kira sebab lembab math, terima kasih tolong basuh bekas makan bila aku malas nak basuh lagi, terima kasih bagi nasihat bila aku ada problem, terima kasih tak menyampah nyampah tapi buat bodoh bila aku senyap malas bersembang atau buat muka biatch atau susah nak terhibur bila mana aku terasa nak senyap, terima kasih sudi bersabar dengan lawak bodo atau lawak bikin korang geli sebab korang cakap aku pengotor, loklaq even sebenarnya aku bukanlah pengotor cuma jenis tak geli jadi bila aku melawak, aku jadi seronok korang duk eeee, terima kasih juga sudi terima bila aku sembang ustazah dalam nada melawak even aku pun tak sempurna, terima kasih bersabar bila mood aku nak membahan datang bertalu talu dari segenap segi, terima kasih ehh tak larat la bangang aku nak karang semua benda korang punya baik dekat aku. Wuu

Tiap orang ada perangai orang lain yang kita tak suka, tapi biasa lah manusia. Jadi, kita kena appreciate lah baik buruk orang lain, sebab kita pun ada jugak buruk. Baik kita pandang yang baik baik dekat orang lain. Yang buruk tu biarlah orang kata sebagai penambah rasa ajinomoto.

Apa apa pun, ini kawan kawan aku yang bersama dari sem 1 sampai last nie, insyallah sampai bila bila. Itupun kalau aku kontek korang. Kahkah Jadi kontek lah aku selalu, sebab aku payah nak rindu orang, ataupun sebab aku jenis tak layan perasaan so rindu tu duk senyap je dalam jiwa. Ihiks

Cuma, mungkin aku akan rindu lebih sikit sebab ini persahabatan paling lama yang selalu ada dekat keliling aku selama 4 tahun nie. Masa sekolah rendah, tak payah cerita sebab aku tak ingat dan jarang nak matey kontek. Masa sekolah menengah yang first, 2 tahun. Sekolah menengah yang second, aku ada dua pecahan, masa form 3 dengan form 4, form 5. Yang form 3, 4, form 5 paling lama meleret sampai sekarang, cuma jarang kontek, jarang bersama bila habis sekolah masing masing ada haluan sendiri. But still, semua kawan kawan yang aku pernah kenal adalah yang terbaik !

Walaupun aku jarang nak bagitahu kata aku sayang ke, nak tunjuk aku appreciate ke, aku selalu ingat sekor sekor dalam hati aku. Tahu kan aku memang macam nie? *senyum senget*

Mungkin sebab aku jenis geli kot benda benda eeyyuu macam nie. Atau sebenarnya aku jenis tak sweet dan ya aku memang tak sweet. 

Kesian lah pakwe dan bakal suami dapat orang macam gini. Hm *lari tajuk*

Study ke

Thursday, December 24, 2015

video


Sebenarnya haritu, datang library dengan niat nak study, tapi ini yang jadi -_- Bila aku bosan, aku jadi tak tentu arah sikit. Tambah tambah dengan dorang nie. Datang biol. -_- Kami memang suka gelak dan merapu. --' Awal awal lagi aku gelak pasal ini bukan video yang pertama! Dari awal duk main main --' Dengan duk berselfie entah berapa keping pasal lighting foyer library lawa nakmatey. Lighting lah lawa, pasal tu gigih berselfie, bila lagi engko nak nampak lawa. Kahkah

Erm, aku memang cakap kasar sikit. Tak pepasal aku bangangkan Ain. Dia dengan Nad duk membebel pasal aku tak sudah sudah merapu. Bukak bukunya belum -_-  Ohh weii aku cakap Kedah nie pasal study kat sini, jadi terikut. Percaya lah. Pleaseeeee percaya !

Ini bunyi pelik pasal earphone aku kot, aku pun tak pasti kena bunyi macam cengkerik tu ada. Erghh Video nie datang sebelum kami betul betul study pada jam 12 tengah malam. Nie dalam 10 kot. Kau bayang berapa jam merapu baru start study. Itu pun lepas tukar tempat ke atas meja.

Btw, aku macam nak terajang diri sendiri bila tengok balek. Kahkah 

Jogging noks?

Monday, December 21, 2015

Azam aku untuk besok pagi, adalah pegi jogging. Mampukah aku, melawan tarik selimut? menongkah angin kipas?

Tujuan utama aku nak jogging kau tahu apa?

Takmau sambung tidurrrrr. Kroh kroh Kalo tidur kompem dalam pukul 11 baru aku punya kekuatan untuk menolak selimut. Burrr sejuk bhai. Bilik aku nie serius sejuk lain macam. Mungkin sebab penghuni dia beriman. Hm hm

Kahkahkah tuihh. Tujuan kedua, nak amek angin pagi. Hehe nature sangat hengko. Kahkah Tapi serius lah. Daripada aku tidur, baik aku buat mende lain even tak study. Hehe Tapi !!!!!

Nak buat mende lain tu lah paling susah. Musuh paling kuat aku adalah katil. Bagaimana pula anda? Tuuu Padahal musuh dengan diri sendiri. Tu yang payah tu.

Okay lah. Aku nak makan megi, minum neskafe sesambil tengok movie ke apa then jemur baju, baru study. Kahkah Feel rajin selalu datang jam 12 tengah malam dan ke atas. LOL

Apa apa pun, study jangan tak study !



Google



"I can do it".

The reason why i love positive vibes. Yeahh you can ! ('',)



Ayyy

Thursday, December 17, 2015

Weh, weh kau. Gian rasa dah lama tak menaip. Tapi kalau taip assignment, kau simpan jelah gian kau tu sebelum aku flip laptop ni. OK sebab aku dah lama melupakan dunia blogging ni, mari lah sama sama kita tadah tangan atas kembalinya aku disini. Kahkah

Aku ni bukan lah seorang yang busy tuannya. Jadi, mustahil untuk aku tak punya masa, Lebihnya part busy aku ni, dia jatuh pada tidur. Ya. Mengantuk atau tidak, tidur aku dahulukan. Kahkah hidup lah untuk tidur ! Tidur selamanya ! *Insaf*

Punca sebenarnya, otak berkarat, idea turut mereput.



Free Blogger Design Made By The Dutch Lady Designs