Pages

Ada ke takde, jangan tamak.

Friday, December 25, 2015

Dalam hidup nie, kadang kadang memang kita kena bergantung pada orang lain. Contohnya masa kita tinggal sorang sorang tiba tiba jatuh sakit, tak tahu nak mintak tolong sapa untuk bawak pergi hospital, kita call jiran kita mintak tolong.

Tapi kadang kadang, tak semua orang ada bila kita memerlukan. Jadi, appreciate yang ada. Yang tak dapat ada, tak yah kesah. Sebab kita kena ingat, yang ada pun semua diberi pinjam. Toksah tamak. Cukup lah yang mana nak ada harini, yang mana tak boleh ada takpe. Jadi, bila yang mana tak boleh ada tu takde, tak lah kita sedih dengan mengharapkan mereka ada. 

Sebab last sekali, kita cuma ada diri sendiri. Itu pun tak boleh jaga dengan betul.



Terima kasih sudi berkawan.


Terima kasih sudi bersama tiap masa, terima kasih selalu bising bila aku buat keje tanguh tangguh, terima kasih sudi membebel bila aku tak study study lagi, terima kasih belanja makan selalu, terima kasih tolong print nota bila aku memang tak ada niat pun nak print, terima kasih tolong kira hutang aku bila mana aku pening nak kira sebab lembab math, terima kasih tolong basuh bekas makan bila aku malas nak basuh lagi, terima kasih bagi nasihat bila aku ada problem, terima kasih tak menyampah nyampah tapi buat bodoh bila aku senyap malas bersembang atau buat muka biatch atau susah nak terhibur bila mana aku terasa nak senyap, terima kasih sudi bersabar dengan lawak bodo atau lawak bikin korang geli sebab korang cakap aku pengotor, loklaq even sebenarnya aku bukanlah pengotor cuma jenis tak geli jadi bila aku melawak, aku jadi seronok korang duk eeee, terima kasih juga sudi terima bila aku sembang ustazah dalam nada melawak even aku pun tak sempurna, terima kasih bersabar bila mood aku nak membahan datang bertalu talu dari segenap segi, terima kasih ehh tak larat la bangang aku nak karang semua benda korang punya baik dekat aku. Wuu

Tiap orang ada perangai orang lain yang kita tak suka, tapi biasa lah manusia. Jadi, kita kena appreciate lah baik buruk orang lain, sebab kita pun ada jugak buruk. Baik kita pandang yang baik baik dekat orang lain. Yang buruk tu biarlah orang kata sebagai penambah rasa ajinomoto.

Apa apa pun, ini kawan kawan aku yang bersama dari sem 1 sampai last nie, insyallah sampai bila bila. Itupun kalau aku kontek korang. Kahkah Jadi kontek lah aku selalu, sebab aku payah nak rindu orang, ataupun sebab aku jenis tak layan perasaan so rindu tu duk senyap je dalam jiwa. Ihiks

Cuma, mungkin aku akan rindu lebih sikit sebab ini persahabatan paling lama yang selalu ada dekat keliling aku selama 4 tahun nie. Masa sekolah rendah, tak payah cerita sebab aku tak ingat dan jarang nak matey kontek. Masa sekolah menengah yang first, 2 tahun. Sekolah menengah yang second, aku ada dua pecahan, masa form 3 dengan form 4, form 5. Yang form 3, 4, form 5 paling lama meleret sampai sekarang, cuma jarang kontek, jarang bersama bila habis sekolah masing masing ada haluan sendiri. But still, semua kawan kawan yang aku pernah kenal adalah yang terbaik !

Walaupun aku jarang nak bagitahu kata aku sayang ke, nak tunjuk aku appreciate ke, aku selalu ingat sekor sekor dalam hati aku. Tahu kan aku memang macam nie? *senyum senget*

Mungkin sebab aku jenis geli kot benda benda eeyyuu macam nie. Atau sebenarnya aku jenis tak sweet dan ya aku memang tak sweet. 

Kesian lah pakwe dan bakal suami dapat orang macam gini. Hm *lari tajuk*

Study ke

Thursday, December 24, 2015

video


Sebenarnya haritu, datang library dengan niat nak study, tapi ini yang jadi -_- Bila aku bosan, aku jadi tak tentu arah sikit. Tambah tambah dengan dorang nie. Datang biol. -_- Kami memang suka gelak dan merapu. --' Awal awal lagi aku gelak pasal ini bukan video yang pertama! Dari awal duk main main --' Dengan duk berselfie entah berapa keping pasal lighting foyer library lawa nakmatey. Lighting lah lawa, pasal tu gigih berselfie, bila lagi engko nak nampak lawa. Kahkah

Erm, aku memang cakap kasar sikit. Tak pepasal aku bangangkan Ain. Dia dengan Nad duk membebel pasal aku tak sudah sudah merapu. Bukak bukunya belum -_-  Ohh weii aku cakap Kedah nie pasal study kat sini, jadi terikut. Percaya lah. Pleaseeeee percaya !

Ini bunyi pelik pasal earphone aku kot, aku pun tak pasti kena bunyi macam cengkerik tu ada. Erghh Video nie datang sebelum kami betul betul study pada jam 12 tengah malam. Nie dalam 10 kot. Kau bayang berapa jam merapu baru start study. Itu pun lepas tukar tempat ke atas meja.

Btw, aku macam nak terajang diri sendiri bila tengok balek. Kahkah 

Jogging noks?

Monday, December 21, 2015

Azam aku untuk besok pagi, adalah pegi jogging. Mampukah aku, melawan tarik selimut? menongkah angin kipas?

Tujuan utama aku nak jogging kau tahu apa?

Takmau sambung tidurrrrr. Kroh kroh Kalo tidur kompem dalam pukul 11 baru aku punya kekuatan untuk menolak selimut. Burrr sejuk bhai. Bilik aku nie serius sejuk lain macam. Mungkin sebab penghuni dia beriman. Hm hm

Kahkahkah tuihh. Tujuan kedua, nak amek angin pagi. Hehe nature sangat hengko. Kahkah Tapi serius lah. Daripada aku tidur, baik aku buat mende lain even tak study. Hehe Tapi !!!!!

Nak buat mende lain tu lah paling susah. Musuh paling kuat aku adalah katil. Bagaimana pula anda? Tuuu Padahal musuh dengan diri sendiri. Tu yang payah tu.

Okay lah. Aku nak makan megi, minum neskafe sesambil tengok movie ke apa then jemur baju, baru study. Kahkah Feel rajin selalu datang jam 12 tengah malam dan ke atas. LOL

Apa apa pun, study jangan tak study !



Google



"I can do it".

The reason why i love positive vibes. Yeahh you can ! ('',)



Ayyy

Thursday, December 17, 2015

Weh, weh kau. Gian rasa dah lama tak menaip. Tapi kalau taip assignment, kau simpan jelah gian kau tu sebelum aku flip laptop ni. OK sebab aku dah lama melupakan dunia blogging ni, mari lah sama sama kita tadah tangan atas kembalinya aku disini. Kahkah

Aku ni bukan lah seorang yang busy tuannya. Jadi, mustahil untuk aku tak punya masa, Lebihnya part busy aku ni, dia jatuh pada tidur. Ya. Mengantuk atau tidak, tidur aku dahulukan. Kahkah hidup lah untuk tidur ! Tidur selamanya ! *Insaf*

Punca sebenarnya, otak berkarat, idea turut mereput.



Putsollll

Tuesday, September 15, 2015

First time aku main futsal, masa form 2. Tapi memain je pun. Seronok seronok. Lepas tu masuk U pun main seronok seronok. Tu pun bila ada game. Nak main sesaja kat Pusat Sukan tu aku nak main dengan siapa? Hm Hehe



Nie tak silap aku game SUKUUM. Sukan UUM. Lawan antara DPP lah. Game boleh tahan. Ada menang ada kalah. Ada dapat no bagus, no tak bagus. Ada tarik diri *aku tamau pun tapi captain* OK. Hahaha Kalau main tu memang puas laa walaupun sakit badan. HAHA dari pagi sampai ke petang noks biasanya.

Aku kalau main tak sah seluar tak koyak. Pasal jatuh orang tolak. Pasal terselak baju lagi masa jatuh jangan kira berapa kali. Tapi ada sekali aku terjatuh sendiri sebab kaki cramp tetiba. Lenguh tahap gaban. Oh sem 1, sem 2, sem 3 kot last main. Pastu tak dah. Malas plus macam hilang semangat. Kaka puihh. Tapi serius minat. Best !


SUKUUM 2013


Ya. Team lelaki sangat boleh diharap. Hahah 



Pusat Sukan UUM



Ola Darbians i guess, 2013.

Sesaja bhai sapa tah ajak main. Sebab tu aku sorang je pakai selipar dengan jeans. Game rule pakai kain batik, aku ngelat sikit pakai singkat. Kahkahkah Rasanya dapat no dua. Tapi aku tak amek pun hampernya seingat aku. Setak ingat mungkin dah masuk perut. Hehe

Still after that, ada game depa ajak main tapi aku tolak dengan alasan malas. Aku pun tak paham aku sendiri kenkadang. --'

p/s : teringin nak main untuk U dari dulu tapi asyik sedar sedar selection dah habes. puihh marketing kurang takpun amek membe membe je kan. perangai taw korang! Hihu

p/s : gian nak main kalau ingat --'

Drama sangat

Thursday, August 20, 2015

Kadang aku pikir, belog nie masih relevan ke? Sekarang pulak dah ade +Wattpad pulak. Kau rase? Patut ke aku teruskan menulis tanpa pembaca nie?

Haruskan aku menyebarkan sampah-sampah aku nie?

Berhenti drama hanis.

Tanpa plan, hidup miserable gitu lo.

Thursday, August 20, 2015

Dah. Dalam 2 , 3 jam sahaja aku menghabiskan masa pikir tajuk belog. Jahanam. Dan dah 20 ++ tahun hidup, aku belum tahu aku nak buat apa lepas grad. Mampus lah nak.

Resume praktikal pun aku belum buat, nak pikir pasal lepas grad pulak. Angan lebih !

Gini. Aku dengan ain ingat, nak buat bisnes lepas grad nie. Korang ade idea tak?

p/s : Walaupun tak dek pembaca belog, lagak kena lebih. Ingat nie, pesanan dari legend.

sakit mohon bersyukur

Saturday, August 8, 2015

so harini dah hantar kedai laptopnya. cina tu kabo seminggu nanti dia call. setel bab tu, nak setel bab pakaian pulak. nak cari seluar kelas, terbeli baju. alah. aku tak kesah pon. pasal bukan selalu shopping aku nie. banyak pakai baju lama je. susah kalau nak cari seluar orang pendek nie. serius. kalo try, longgar dipinggang ketat dipeha. atau, steady dipinggang, dipeha bungkus nangka. takmo laa bungkus sangat yedak. terbeliak mata lecturer ko menengok haa. 😂 last sekali tak beli. hais.
oh, aku dah lama tak sakit atau terkena sebarang jangkitan virus. virus cinta menular adalah. panggg cinta menular pada yang Esa kau. gitu. hihu nie dah 2 hari lebih kurang aku selesema, sakit kepala, gatal tekak. adik beradik dia laa tu serangkai. selesema pun belum tahap meleleh hingus masuk dalam mulut, cuma sedut sedut je sikit. kahkah tapi tu lah, aku bersyukur. sebab orang kata ke sape kata tah, sakit nie penghapus dosa yedak? biar lah terhapus dosa yang makin berat nie. aku tak larat tanggung dah. rasa nak mati, duduk dengan Dia je. tapi tobat dulu nah. kang mati katak. 😂
posted from Bloggeroid

Ko tak perlukan sesiapa bila ko lagi perlukan tido

Wednesday, July 1, 2015

Gais. Pagi karang paper last aku gais. Dan aku disini sedang pulon. Malam ni baru start study. Juga sedang menanti aku, secawan neskepe lepas dah minum setin neskepe ais dan secawan megi kari rembat kepunyaan rumet yang dah habes paper.

Menanti lagi 4 bab untuk dihabiskan. Dan sekarang jam menunjukkan 5:09 AM.

Power sial kau niss.


google


Power kepala lutut.

1 paper to go beb

Tuesday, June 30, 2015

Beb ! Aku tinggal lagi 1 paper !

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

K. Tak best sangat pon sebenarnya sebab masih ada paper T.T

Ko tunggu laa, ko tunggu. Aku habes paper nanti, ko tengok lah. Jadi apa pon jadi !


google

Vegas Skies

Thursday, June 25, 2015



Aku suka lagu ni masa first time dengar.
So, try nyanyi.
Daymmm. 
Susah kot nak dapat rentak dia.
LOL


google


Ko macam retis pulak kan rentak bagai.
KAH!

Aku pon pening ko tahu

Tuesday, June 23, 2015

Kadang aku harap aku tak sebaik ayah. Dan aku tak sesabar umi. Aku tak kata aku baik. Dan aku tak rasa aku baik. Cuma aku keliru bila mana ada orang cakap ke aku,

"Ko ni baik sangat laa."
"Nanti orang pijak kepala kau."

Dulu. Tu semua dulu. Benda dulu-dulu ni buat aku pikir balik. Betul ke orang tindas aku sebab aku baik atau mengikut kata dia orang? Sebab aku tak rasa bila apa yang orang buat pada aku tu menindas aku dan membebankan aku. Aku pelik. Ke aku terlalu bersikaf positif? Aku hilang punca. 

Tuu.

Dan aku rasa aku dah stop being so baik lah kononnya sebab kata-kata orang tu lah. Baik dalam erti kata mengikut kata orang lah. Bukan baik yang macam dalam imaginasi tu ya auloh lemah lembut, cakap sopan, tergelak simpul, pijak semut tak mati. Benda lah niss? -_-

Aku tahu aku dah banyak berubah since aku lagi ikut kepala aku. Tak kan laa aku nak ikot kepala kau pulak. Nanti kau tak dek kepala cemana. Hm

Sabar? Aku dah boleh feel sabar tu menghakis. Pasal aku dah pandai rebel dalam hati. Keluar tak banyak lagi. Jadinya, sabar masih ada baki.

Benda ni orang cakap, "Halah biasa laa tu. Manusia berubah.". Tapi besar bagi aku.




ps : Baik buruk ada hikmah.



google

Tak baik tahu

Monday, June 22, 2015

So yeah. Paper cb tu memang cb. Kahkah Aku macam menyesal jugak study last minit. Tapi tak dek laa menyesal beria. Ciput je. Kalo aku ni tak de nya nak menyesal lelama. Aku nak menyesal pon bukan salah aku tak study.

KAHKAH

Salah mata yang layu je asal bukak buku. Adilkan aku salahkan mata? Tapi takdir is takdir orang kata. Jadi ada baiknya kita reddho. Tak baik salahkan takdir. Salahkan takdir maknanya kau salahkan Tuhan. Duk maki hujan turun, maknanya kau maki Tuhan.

Adil?



google 


ps : Baler tak dek kaitan. Aku pon tak paham aku tulis apa.
ps : Dalam entri lepas, aku ada mention "cb ni tak susah mana".


Sekarang, aku meratap sepi.

exam cb lah pulakkkk

Thursday, June 18, 2015

Selesai satu esaimen yang kena edit tuh. Puhhh. Harap dah betul. Tak larat dah aku penat tiada siapa yang tahu buat terok, tiada!


Paper cb ni tak lama dah. Berapa hari je lagi. Cb ni tak susah mana lah. 


Really niss? Overconfident kadang gali kubur sendiri.


Oh, dah boleh fokus study kot aku ni.


Fokus????!!!???


Gelakkan aku please. Beramai-ramai.


"K".


p/s : CB as consumer behavior okay? Puasa-puasa ni jangan pikir macam-macam. 
p/s : Ke aku yang ... em abaikan. Selamat menyambut ramadhan !


Rahsia dekan-er dan firstclass-er

Tuesday, June 16, 2015

Aku musykil betul. Apa rahsia orang yang dapat dekan first class bagai ni. Korang belajar macam mana hah? Aku bukannya apa. Aku pelik jugak macam mana dorang boleh study berejam jam keras kematu bontot. Sebab kalo aku study, kadang baru berapa slide berapa muka surat, dah distracted. Aku mula ke laut dalam. Lebih parah lagi, mula ke lautan katil. Hehehe 


So, apa drivers korang untuk terusan study? 
Dan apa kaedah paling sesuai untuk aku yang tak dek rasa ni? 



google


Ke sebab malas dah bersemadi dalam diri aku? Walaupun aku nak study, tapi malas tu masih melekat pada badan aku sebagai parasit?
Damn.

Janji taraguna kalau makan diri K

Tuesday, June 16, 2015

Sebenarnya semalam, aku dah berjanji kepada diri sendiri. Aku tak pasti aku mampu tunaikan atau pun tak. Tapi peratusan ke laut tu cukup tinggi. Hm



Aku berjanji nak tulis belog hari-hari.



Masuk akal ke tak? K. Kecoh pompuan nie. Huh




google


Tapi doktot-doktot cinta seluruh dunia ni kata, jangan berjanji bila bahagia, jangan apa lagi satu aku tak ambik port ! Marah lettuw? KAHKAH


Kira janji aku ni, korang tolong pegang la ek? 


Korang? Hewhew sedihnya gembiranya hidup ini.



Kalau boleh aku nak tidur all the time but damn tu mati

Tuesday, June 16, 2015

Dulu takda lah rasa exhausted macam ni. Maybe dah last-last sem ni kan. Tambah pulak perkara pelik tu, blerghhh. Bila mana kau dah masuk minggu final exam tapi assignment still ada. Mana satu aku nak fokus ni? Mesti lah assignment kena siap dulu baru lega yedak? Tapi tu lah. Berapa banyak aku tapikan pun, kerja tu kalau aku tak gerak, tak jalan jugak. Berapa banyak kali aku celakakan dia pun, membazir air liur je. Apa apa pon, sem ni penat.




google



Tapi awesome ;)

kelas da habeh

Thursday, June 4, 2015

kelas dah hebeh

final exam aku tulat 

esaimen group QM belum buat
budak group suruh buat macam tu
lecturer suruh buat macam nie
i still dont get it 
how to do it

individual esaimen QM
3 bijik summarize journal
belum sentuh juga 
atau tak sempat sentuh? 
sempat ke tak
level konsentrasi tu susah bagi aku 
kadang laa
journalnya dah cari

exercise QM
kena submit hari nie
semalam baru aku tahu kena submit
aku tak dengar atau tak alert 
entah
damn
salah aku sendiri
kelam lah yang tu

kuiz QM
entah bila aku nak pegi buat
3 bab 
kena study 
baru boleh setel

semalam pulun
pasal spss KP 
reliable or significant whatever
i dont care
but at first 
tergendala sebab dont know how to key in the DV
urghh
finally
variables seem not 
hm
no time for that

semalam semalam gagah
buat CB individual dan group
alhamdulillah sudah setel

malam nie nak balik kampung
jadi, selamat tinggal rumah kedua

lapar lah. kan?



คุณมีเพศสัมพันธ์

Saturday, May 30, 2015


xx this blog has been hack xx


kes terpencil (--,)

Thursday, May 14, 2015

so, semalam aku pegi jumpa lect. subjek QM tu. baik nak mateyyy Dr. Rohaizah tu serius. aku citer dari awal pung pang pung pang. dia pon bagi aku options, dia boleh tolong aku dia cakap. assignment hantar lambat pon takpe. tapi tu lah. aku yang nak kena catch up balek dari awal. pheww mampos. then, dia suruh aku pegi jumpa coordinator course aku. setelah beredar dari bilik beliau, aku dan ain *peneman setia* lol pegi U-assist pulak Tanya kot kot boleh lagi drop berbayar but kenot. then ke  COB pulak cari coordinator course aku which is Dr. Shuhymee. hensem k hensem walopon tak muda mana. sembang pulak dengan dia, and rupanya dia dah tak jadi coordinator. lol pegi pulak jumpa coordinator baru Pn. Armanurah, bekas lect. and bekas lect. EEP aku dulu. dia macam biasa lah. bebel. hahaha aku sengih gelak je mampo. off. nanti dia bagitahu aku balik macam mana.
malam tu, aku nie pesen dah laa benda tu dah buat aku serabut, tambah pulak kalo orang tekan aku lagi serabut. da lah memang silap aku cuai dan aku rasa pffttt pastu duk ingat ingat kan lagi kebodohan aku boleh cuai tu lagi laa aku fedup. sebab aku tak suka I looked that stupid to others. not because I want to impress them, but its my pride. I know im not that good. but please make me feel good about myself. pheww tapi kalo dorang diam, aku tak tahu lah apa aku nak buat lepas tu. sebab otak aku memang dah jem. dan aku tahu dorang sayang aku. kakakkaaka tenkiu korang :)
oh. dan sebab aku fedup, aku tahan nangis, last last termenangis depan dorang. sambil selit gelak gelak. lega ko tahu nanges bukan sebab cinta. k. ingat senang ke aku nak tunjuk aku nangis, melainkan tengok drama korea. kakakakaka entah. aku rasa serabut. seriussssssssssssssss. maybe sebab aku target pointer better laa sem nie sebab lect. pulak best best. I enjoy the classes. lain laa sikit dia punya feel tu. da lah sem nie ada berapa kali je aku tertido ke takdek entah. semua sebab lect. kot. atau sebab aku dah target. lol then, dan dan datang pulak last minute punya problem. pheww
silap aku jugak. cuai nak matey dan benda memang Tuhan nak uji. berapa kali aku cakap aku tak perasan pon benda tu, dah memang nak jadi. fuhh
dan hari nie coordinator aku tu busy, dengan bebelan rakan rakan suruh aku jumpa dekan terus. so pagi tadi aku dengan ain lah sape lagi kan, pegi cari dekan kat bilik. dia pulak pegi KL. aku ingat nak cari tiket bas teruih p KL. k tipu. then, pegi kelas. ke hulu ke hilir dari DKG 6 ke area COB ke DKG 6 balik, dua hari nie memang bikin aku naik penat. mental dan fizikal. naik tensen. tu pasal balik kelas je tido. bangun, sakit kepala. lalalalala
Dr. QM pulak suruh aku masuk kelas dia hari nie. tapi aku serius aku malas, aku nak drop, aku takde mood, aku jemm otak. okay. macam over pulak kan niss. k. sebab subjek nie elektif je. bukan wajib. aku tahu Dr. tu baik sangat nak tolong aku but aku kena usaha jugak nak drop this subject.
so, masa last class dalam pukul 1 lebih, coordinator aku tu mesej suruh pegi jumpa dia kat bilik. urgent. serious case. amboi. berdebo ko aku baca mesej tu. hahahhahaha mintak dekat Dr. Azmi nak keluar. he's my favourite lect. punny nak matey.
sampai bilik coordinator dia keluar jap. sembang laa dengan Dr. Sharina. bla bla bla, Pn. Armanurah pon balik rupanya dia baru habes meeting dengan dekan dengan sape tah lagi. so kes aku nie sampai laa ke depa. tu yang dia bising. suruh masuk jugak kelas. masih sempat. dan Dr. Rohaizah tu dah laa baik nak tolong aku. anak dia pulak hensem aku tengok kat frame gambo dalam bilik dia semalam. kaitan?
KAHKAH
so yeah. aku kena amek jugak. jadi lah engko hanis sem nie 6 subjek. takpe lah. kira added value laa disitu bak kata rumet aku.
added tak added, bertambah laa esaimen aku yang never bergerak tu. bertambah lah nak pakai otak. selama nie tak pakai. kakakakaka
selamat fedup hanis sem nie. sem nie bukan main main. bukan lekeh seperti sem sem sebelum nie yang ko pesen rilek, takdek masalah. so here's your beginning hanis. life has started !
muahhh cikedd hanis ! xoxo

kita menang bersama, okay?

Wednesday, May 13, 2015

teringin nak baca? serius lah. tapi kau cakap kau tak suka membaca. tapi, memang aku sengaja beli. sebab kau :)









subjek pelik

Wednesday, May 13, 2015

so, sebagai pelajar unibersiti mesti lah esaimen menimbun. bila nak dekat final exam tu, memang lagi menimbun lah. kelihatan library pula sesak dengan pelajar international mahupun lokal. semua pasal esaimen. dah namanya esaimen mesti lah kena buat last minute. baru students yedok?

student tak student, aku ada satu problem sekarang nie. esaimen bukan problem. tu belajaq, hang diam. k 

problem cuai. haa cuai. aku sangat --'

kalau kawan aku dua orang tu tak tekan, tak bebel bebel memang aku buat bodoh je. serius. walaupun aku sebenarnya tak suka bila benda yang aku tak risau, aku jadi risau tiba tiba sebab orang buat aku risau. paham dak? apa apa pon, thanks sahabat :)

sebab aku rasa aku takdek sense of alertness. entah. aku tak rasa benda tu efek aku. atau aku ignorant lebih. pffttt. entah laa nak. benda dah nak jadi. aku anggap ujian dan takdir.

apa apa keputusan pun, i have to get through. :)


#random

Tuesday, March 31, 2015

apa apa pon yang berlaku, simpan dalam hati dalam kepala, diri kita yang utama. cukup cukup lah jadi bodoh sebab orang lain. because as for me, i hate it when i become stupid because of others. so, dont. dont let others do. stand up by your own. with your big heart. 

Penantian suatu penyiksaan

Wednesday, March 11, 2015

tajuk cam setan betol.


aku macam tak sangka..


benda yang paling aku tunggu dah pon terjadi.




ig : @irissentialpjey


Cute kan? pasal tu aku ternanti nanti. kahkah yang atas sekali tu wax. boleh pegi usha laa ig depa. aku takdek mood nak buat marketing lebih lebih. da laa free taw. tak mintak bayaran pon. humble kan retis macam i? -_- k  (ig : @hisyfadzbeauty)

gamba second tu untuk penjagaan wajah dan badan. skrub bibir pon ade, so, peratusan nak dapat bibir macam angelino jolel pon tinggi. ihiks you're gonna be sexy bebehhhh. lol


nak review, aku belum pakai lagi. pasal baru dapat harini. eksaited ko. tapi malas. cemane tu? k kalo rajin, insyaallah lah aku buat review.

ni aku nak cakap ni...

kita ni sebagai orang pompuan, kena laa jaga sikit penampilan. biar bersih dan kemas pon dah cun. padahal aku serabai nokharom  penting taw. untuk diri kita jugak. ce ko bayang, balik kelas penat penat, nak nak zaman sekarang ni panas terik kan, pastu mandi...sejuk...segar...sesambil menyental badan dengan skrub yang halus menyegarkan dan wangi... fuhhh. bau je pon dah boleh senyum lebo. kan kan? secara tak langsung, it works as therapy to our body, not just to make you pretty. ahakhak pretty keeee

kita kena yakin Allah dah jadikan kita makhluk paling cantik. dan tiap orang cantiknya tak sama. cantik can be in many way. ni asyik insekiur je tak elok taw untuk perkembangan minda. insekiur sikit sikit takpe. hiks tapi jangan lah sampai riak. kalo duk dalam kete tu kan, sampai rase nak tenyeh tenyeh muka kat cermin kan sampai sakit lah leher tu terteleng teleng mengadap tingkap nak suruh mamat moto mamat bmw sebelah tengok tak berkelip kan mase traffic light merah kan. ko ni dah kenape niss 10 kali sebut kan ni kang tangan sendiri naik ke muka -_-

whatever it is, love ourself first. but doesnt mean you have to be selfish isnt it? and of course pretty heart is much way better :)


dahh. menyampah pulak aku cakap pasal ni. kahkah kbye!

Bersedia dah ke kita?

Sunday, March 8, 2015

tiap kali aku termenung, there's one thing in my head. guess what?


"apa yang aku buat ni setannnnnnnnn ?!!!!!?"
"hah nur hanis athirah woiii ?!!!!!!!!!!!"
"shit."


ya. something yang macam tu lah. im blaming myself to be clear.. for..

yelah. ko tahu dunia dah tua. dunia dah tak lama. satu satu tuhan tunjuk tanda tanda dunia dah nak dibungkus. ya. ko tahu. tapi ko tak bertindak.

bertindak apa?

bertindak maksud aku, "tolong lahh niss, prepare yourself!"

aku hanya fikir. tapi tak sepenuhnya bergerak kearah itu. ada laa sikit. tapi cukup ke?

takkan pernah cukup.

aku tahu aku kena berusaha lebih. masa tak tunggu aku. sebab masa mengejar pengakhiran. bergerak macam naik ape tah laju semacam. part of kiamat dah nak dekat kan? yeah. you knew.

paling sikit ko berusaha pon berdoa lah. pray for me and for us. may Allah forgives our sins. may He always show us the right path. etc. tiap kali berdoa tu, please doakan orang lain juga. doakan families, kawan, even orang yang pernah menganiaya or yang ko tak suka. sebab walau apa apa pon, selalu ingat dalam hati, yang kita semua dari darah yang sama :') dari pucuk yang sama.

sentiasa maafkan diri sendiri, maafkan orang lain.

kan? pasal semua orang buat silap. ada sebab kenapa kita buat sesuatu tu.

jadi, just move on! kita masih punya waktu untuk berubah sebelum semuanya berakhir. takkan ko nak mati macam tu je. hidup... masuk sekolah.. masuk U.. keje.. kawin.. bla bla.. woiii takkan mati ko hanya untuk tu je.. tiada apa apa yang bermakna kalo kita tak selitkan akhirat dalam dunia kita.. kan?

apa apa pon, ingat tujuan sebenar kita dihidup dan dimatikan.




so,


ARE YOU READY?











Aku suka aku punya pasal

Friday, March 6, 2015

aku rase dah lama aku tak tuka ringtone fon aku tuh. selama ni duk pakai lagu Hip Song. lagu Rain korean singer tuh. tapi since terdengar lagu ni aku tak leh move on. trusssssssssss tuka jadik ringtone. sukaaaaaaaaaaaa sangattttttttttttt. k. over pompuan ni -_-







act, dulu aku tak penah dengar pon lagu Maddthelin ni. tapi tahu kewujudannya. dari mane aku pon tak tahu. sebelum tu lagi aku terfollow laa ig Yass dia punya lead vocalist tu. cehh padahal aku follow sebab suka nengok Yass cantik laa gila ! ok. then i was like.. eh. dia dah pakai tudung ke??!! pastu mula laa pegi Youtube selongkar selongkar.. jumpa nehh ..







yeahh. aku lagi suka suara Yass dari Kareema tapi serius Kareema punya suara pon best ! omg i kenot move on ! lol oh. Kareema ni pengganti Yass. pasal Yass dah letak jawatan dalam Maddthelin. ha ha kelaka kan aku. tolong lempang jap -_-


k. aku rase aku masih straight tapi suka those girl ommey angattt suara pon ommey. huks


tapi kan, aku selalu jugak berangan jadik penyanyi macam dorang. wkwkwkwkwkwkk jangan ko tak tahu suara aku layak menyanyi dalam jamban je. hm hm


Maddthelin dengan Iamneeta. Kesukaan terbaru aku. Iamneeta pon pasal suka suara Neeta dan dia comel dan manis dan ppfffttt aku lesbian ke ape woi. huks kbaiii






nahh. ni terlatest dari Iamneeta.


ciss ciss. aku berhak mendapat bayaran buat marketing neh. hm hm


kbaiii xoxoxxoxooxoxo

Free Blogger Design Made By The Dutch Lady Designs